Sunday, October 31, 2010

I got cheated 1st time from purchasing ONLINE!

Saya suka window shopping. Especially thru my WINDOWS 7!

Dengan technology yang begitu sungguh2 canggih sekarang nih, tak perlu susah2 meredah hujan & panas & traffic to do window shopping. Dari keempukan rumah (comfort of your home) dah boleh membeli tingkap (window shopping) dah sekarang nih. Sungguh senang.

Saya juga suka sopping barang murah. Sapa yang tak suka, ya tak? Jadik bila dah browsing thru some of my favourite blogshops, kalau tak cuci2 mata saje, kekadang tu, sure ada satu or dua barang berkenan di hati dan terkinja2 ingin membeli nyer.

Ni nak crita al-kisah 1 peniaga online yang hanya berniaga di dalam FACEBOOK. Selalunya aku nih malas nak add orang2 yang meniaga nih, bukannya apa, nanti gambar2 barang yang diorang nk jual tu, habih dia tag nama aku sekali. Ada ke muka aku nih sama ngan handbag Coach tuh? Or muka aku nih lebih kurang macam blouse kimono ke? Tolonggggg sikit ek!

Ok ok, aku bukannya nak crita pasal muka aku mcm product jualan peniaga2 dalam FB, tapi aku memang ada add fren 1 peniaga yang menjual CONTACT LENS. Selalu aku beli contact lens kat sini, tapi kat sini takde jual contact lens besar daripada 15mm diameter. That's why lar aku add minah yang jual contact lens dalam FB tuh... (sorry aku takmo link kan pompuan tuh, sebab dia dh tipu aku, watper aku nak pomot dia?)... Sebab dia ada jual lens yang melampau2 besar diameter nyer. Dari 15.00mm ke 16.00mm ke 16.2mm hingga lar ke 17.50mm.

Ok... anda lihat digit 17.50mm di atas? Paling besar yang aku selalu beli pun 14.8mm, itupun, kira ok lar, tapi aku nih suka mata bundar busat lagi memukau, so bila aku nampak 17.50mm, aku pun terkinja2 nak membeli nyer. Haritu (dalam 2 minggu lepas) kazen aku kawin artist, aku pun memang teringin sangat nak pakai lens besar tu ke wedding kazen aku. Masa tuh ada tempoh 10 hari lagi to my kazens wedding. Aku pun order la sebab barang nyer ready stock (order thru inbox FB jer). Walaupun harga nya masa tu RM75, aku tak kisah. Bukan senang nak dapat lens diameter besar cenggitu! So lepas aku hantar order kat inbox dia, aku tunggu punya tunggu punya tunggu reply dia, takde apa2 pun. Hampeh... Aku pun berkata di dalam hati kecil ku, "mungkin dia tak terima order aku kot?"

Sampai ke hari wedding kazen aku, takde reply apa pun from the girl. Aku pun, takde rasa apa2, tak rugi, tak untung, rasa jimat duit bila aku tak membuat sebarang pembelian drpd peniaga online tu.

Tau tau minggu lepas, peniaga itu telah menurunkan harga lens yang aku nak beli tuh ke RM50. Aku bersyukur banyak2 sebab tak beli sebelum tu, kot tak memang rugi giler. Harga RM50 tu termasuk postage. Aku slalu beli barang COD jer, tapi peniaga ni dok kat Sabah sana, macam mana mau ambik bah?

So tanpa berpikir panjang, (lebih kurang lepas 24 jam pikir!), aku pun hantar order sekali lagi ke inbox dia. Dapat reply. Dia bagi account number dia segala bagai lar. Aku pun tanpa berlengah lagi, terus login Maybank2u, buat transfer duit on SUNDAY, 23 October 2010, then she said ISNIN pos!

Kalau tak caya.... ni ha bukti nyer....

*buat bisnes deal ngan aku mmg senang,
ko mintak aku bayar, dengan segera aku bayar,
so make sure u deliver my things on time also!


Alih2, that night, the same day after i paid the lens, dia boleh buat announcement kat status dia. Senang2 dia boleh kata barbie series hanya akan dipos pada hari khamis sebab hari rabu stock baru sampai! WATAFAK!



Aku pun terus hantar kat inbox dia, mintak kalau boleh dia post kan gak hari isnin, walaupun aku dah kelentong macam2, tapi dia tetap berkeras kata kena tunggu sampai stock baru sampai! Itu masalah aku ke? Ko kata benda ready stock, ko hantar lar aku nyer dulu, nak tunggu stock baru sampai buat hapa?

Aku hangin 1 badan, tapi aku still give face to her. Ok, takpe, takpe. Aku boleh sabar. Aku kelentong cakap kat dia, aku expect lens aku sampai before friday sebab ada wedding nak attend.

So... tiba malam jumaat, laki ku balik keje, aku dah tido, dia kejutkan aku, katanya ada packaging for me! Aku dengan mamai nyer, excited receiving my lens!

Bukak2, terus hampa, sebab kat botol tu tulis diameter nyer 16.00mm!
MANA AKU TAK HANGIN!!!!
Tapi pasal aku ngantok sangat, aku letak botol tu ke tepi, sambung tido.

Esok pagi nyer, (Jumaat), aku terus bukak PC, online FB, masuk inbox, hantar mesej kat dia..... cerita selanjutnya, korang baca dolu apa dia reply kt aku ya... lihat kat arrow merah tu!


So, bila dia tulis mcm tu, aku kasik bambu sama dia. Aku cakap kat dia, to me, pattern special edition ke, paling latest ke, its not important to me. SIZE DOES MATTER!!! And then aku terus remove her from my fren list! Senang2 ko boleh kata FORGOT ya? Ko dah nyanyok ke hapa?

Moral nyer di sini especially untuk peniaga2 online nih, PLEASE JANGAN TIPU!

Ok skarang, gua nak tunjukkan product yang aku beli tuh!
Barbie Eye Diamond in Brown
16.00mm


bagi korang yang nak tau muka aku bila bangun tido,
ha, korang tengok lar gambar "before" aku nih...
itu memang muka tak boleh blah punya,
dengan tak mandi, tak gosok gigi,
tetiba laki aku snap gambar aku!!!




JUST A THOUGHT
Still kehairanan kenapa dia tak noticed semasa aku hantar order mesej tu,
aku tulis 17.50mm diameter, dia tak correct me?
that's my order, i expect to get what i order, betul tak?

Saturday, October 30, 2010

.... then don't bring!

I've been wanting to talk about this issue long time sudah tapi setiap kali nk amik gambar bukti selalu tak dapat.

Issue apa tuh? Jeng jeng jeng.... Issue orang lelaki bawakkan handbag kekasih/gefren/scandal/bini/mak/nenek bila berjalan2 di shopping malls/taman2/pasar malam, senang crita, di tempat2 yang ramai orang lar. Ok lar, aku rasa kalau mak or nenek ko tu tua tak larat nak bawak handbag dia tu, aku rasa dikecualikan lar. Lagipun, it's ok to tolong orang tua. Kena hormat.

Tapi yang aku tak paham nyer, kenapa orang2 muda kita nih, tak kisah lar, baik kaum cina or kaum melayu (so far aku tak penah nampak kaum lelaki india bawakkan handbag kekasih/gefren/scandal/bini diorang), yang pompuan especially nyer, suka nak suruh kekasih/scandal/suami ko tu bawakkan handbag ko. Kalau dah tak larat sangat, atau nyampah nak carry handbag ko yang besar bagak tu, baik ko jangan bawak langsung handbag tu. Bawak yang kecik2 jer, atau senang, kuarkan duit, mykad, kad atm, blood card, kad tesco, kad jusco, lesen memandu ko tuh, sumbat terus dalam pocket seluar ko.

Takde pocket ko kata? Haaaaa... dinasihatkan everytime ko nak kuar jalan ngan kekasih/bofren/scandal/suami ko tuh, ko pikir masak2, patut atau tidak ko bawak handbag besar bagak ko tu and sanggup tak ko carry handbag ko tu sepanjang masa! I MEAN ALL THE TIME!

Aku takkan, never, nunca, nada, ayau ko (sumer bahasa kuar ha), i repeat, TAKKAN suruh laki aku pegang handbag aku bila in public! Walau seberat mana pun bag aku, aku akan carry sendiri. Kamon lar, aku tau respect laki aku ok!!! HE's A MAN!!! Unless it's grocery shopping bags or shopping paperbags/plastic bags!

Mcm mamat yang aku dapat snap gambar dia kt bawah ni, mamat nih konon nak tunjuk gentleman or lembik, i dono, pegi order makanan untuk bini dia yang sedang duduk di meja bersama2 anak nyer. Pada aku, dua dua DOL, sebab yang bini, ko duduk, apa salahnya ko letak handbag ko tu dekat meja ko? And yang laki pulak, ko nak gi order makan, kenapa ko kena bawak handbag bini ko tu? Nak tunjuk gentleman?

Or mungkin dia nak sauk duit bini dia bayar makanan yang dia order tu kot? Mungkin!!! Tapi tidak, sebab obviously he took out money from his wallet!

Entah lar....



*nota kecil - i think also dikecualikan bagi bini/mak2 yang ada anak kecil yang mana kekadang kita bawak handbag pastu nak kena carry anak kecil kita. So mungkin OK kot kalau suami kita bawakkan handbag kita sekejap jer lar. Jangan lar melampau2 sampai balik umah suami kena carry kan!!! Tapi macam masa anak aku kecik dolu, aku tak bawak handbag da... sumbat sumer barang aku dlm diaper bag... Giler ke nak bawak "handbag" banyak2! Tak kuasa mak... anak kecik tu pun dah kira macam "handbag" tau!!! "Handbag" paling berharga!


JUST A THOUGHT
Bila shopping tuh, bawak lar shopping bag sendiri.
Can save the earth!

Go Uniqlo

Have u heard of UNIQLO? I've never heard of it until all the twitterettes kecoh2 kt twitter about the new opening outlet at FAHRENHEIT 88 (formerly known as KL PLAZA) on the 4th of November 2010 in Kuala Lumpur.

So to find out, i googled and found Uniqlo website and they have a game where u just enter your starting address and follow the trail to Kuala Lumpur outlet and you might win a RM20 voucher.

i've tried to enter from Vancouver expecting the trail is long,
and banyak baju that i can pick up,
tapi i was wrong,
3 helai baju jer ada along the trail and no prize! :(
So, i try again and put from Morocco,
so come out 7 baju along the trail!

on the 1st t-shirt (from upper left) i clicked,
i didn't win anything.
2nd pants i clicked,
pun takde hapa.
the 2nd pants i clicked, came out gambar di atas nih...
skinny corduroy RM129.90 babe...
kalau i menang RM20 voucher,
boleh beli dgn harga RM109.90!

And then i clicked on the 3rd pants,
and here's what came out on my screen...
YEYHAY...
I've won RM20 voucher from Uniqlo.
Senang ajer...
Terus click kt email (for 1st timer, u have to sign up),
pop out the voucher dah!
This is my 2nd voucher.
Yesterday i played, dah menang gak!
Ngeeeee..


Korang dapat coba 3 kali ajer, tapi kalau korang menang 1 voucher, korang share kt Facebook, Uniqlo tambah lagi 1 try. Tapi boleh dikatakan GUARANTEE lar dalam 3 kali COBAAN tu, sekali sure TERLEKAT nyer lar!

ini voucher yg i got!!
yippeeee...

Bukan itu saje, kalau korang yang fanatic ngan Uniqlo (yang tak fanatic pun boleh join gak), korang pegi la beratur sebelum masa opening dia nanti kul 11pagi, 4 November 2010. 500 orang pertama yang beratur boleh dapat CHANCE to menang *All‐Expense‐Paid trips to Tokyo for two persons bebeh! Tapi bukan untuk 500 orang. Dia bagi utk 5 ORANG aje. Mak ngandong 33 minggu time tu, so i rasa i'll skip la nk beratur panjang2 gitu pukul 11 pagi! Mak tak sanggup, takut kaki mak bengkak lagi jer nanti!

*Subject to terms and conditions

Tapi jangan khuatir bagi mereka yang terlepas 500 orang pertama tuh, sebab Uniqlo memang baik hati nyer, they bagi 1000 orang pertama yang beratur akan dapat free UNIQLO original tote bag.

Tapi kalau korang TAK BERATUR GAK, bukan 1st 500 people, or 1st 1000 people, korang still can get the free UNIQLO original tote bag. Dengan syarat korang kena membeli-belah barang UNIQLO above RM200 in a single receipt dalam masa first four days of the opening (4 to 7 November 2010) and while stocks last.

And ada lagi... korang boleh gak anticipate an incredibly low introductory price for the following items, only available while stocks last:

1) UNIQLO’s graphic T‐Shirt collection, UT for only RM29.90 (usual price ‐ RM59.90)

2) UNIQLO’s high‐quality jeans collection, UJ for only RM49.90 (usual price ‐ RM99.90)


3) UNIQLO’s Autumn/Winter 2010 Fleece jackets for only RM49.90 (usual price ‐ RM79.90)


Dah dah, mak dah penat membebel nih pomot Uniqlo. Korang dah try main game dia belum? BELUM? Nah click link nih to start winning RM20 voucher!!!

http://www.go-uniqlo.com/

And if you're on FACEBOOK (who doesn't?), go and LIKE their page to get updates!

Friday, October 29, 2010

the movie RED


I've just finished watching the movie... kat rumah.

Citer dia memang BEST. Walaupun di awal citer tu aku kena layan anak ku nyer imaginasi bermain dengan toys dia (sampaikan dia heran bila aku agree to play with him), dengan tangan bz bermain toys, tetapi mata dan tinga ku tetap di skrin tv (itu namanya multi-tasking)!

Cerita dia, biasa lar, kisah CIA, Vice President US, and FBI and girlfren. Tapi wa salute bila hero nyer Bruce Willis masih mantap dan meletop berlakon citer action. Paling best wa suker tengok Helen Mirren!!! Dasat tul...Klah klah klah (sebutan CLASS bagi orang orang kelantan)!

Kat Mesia nih, kalau pelakon dh tua, ko dok diam berlakon jadik atok & nenek jer lar... ;D

Kalau nk tau lebih lanjut tentang cerita RED, pergi lar ke pawagam berhampiran anda dan nonton ngan segera sebelum dia dah tak tayang lagi nanti!!!



JUST A THOUGHT
Tak sabar nunggu citer HP7

Friday, October 22, 2010

Follow me on twitter

I did cancelled my account on twitter before, because i find it kinda lame when i can only access twitter from my lappy (yes u can access from ur smartphone, but my phone is not smart enuff last time until recently!)

But with the NEW TWITTER.COM, i can even tweet using SMS, if you are using Maxis line. That makes me sign up again to join twitter.

*tweeting using Maxis SMS is free for the first week. Followed by RM1 per week charges!

I just signed up last night. And now i'm busy following/stalking/looking for people to follow. After 12 hours, i've followed 54 people.... and only 2 people followed me back... ngeeee...

If you wanna be my stalker, then follow me at www.twitter.com/heartohunter

THANKS in advance!

Thursday, October 21, 2010

I don't wanna win Blackberry Torch 9800 - AS IF!!! OF COURSE I WANT!!!

Owh boy owh boy, just about i was thinking of getting a blackberry smartphone for myself, Nuffnang is so generous to give away 2 units to 2 lucky nuffnangers every week from 18 October - 28 October 2010! (and usually the lucky ones are always the same people.... sigh!!!)

I don't know what's the hype of using a blackberry, but of course i would love to get one Blackberry Torch 9800 from nuffnang (if ever i'm lucky, mabee i should change my name to LUCKY)!!! 

Thought of getting just the normal Blackberry curve but when Blackberry came out with a latest unit that has both touch screen and BB keyboard, of course i want it, but it's too expensive, me being pregnant and not working, i totally can't afford it (*praying hard that i will win 1 unit this week!*) PLEASEEEEEE. 

The Celcom BlackBerry Torch 9800 also comes with a 5 MP camera, 8 GB memory expandable with a micro SD card, and integrated social feeds, so i will never miss out on a single tweet or Facebook update, suitable for FB and twitter freaks like me. Don’t forget the push email and instant messaging capabilities BlackBerries have always been known for! It also feature faster, richer browsing. For those who love to multi-tasks by managing multiple open websites with tabbed browsing as well as bookmark all your favourite sites with branded icons or customizable names right from the home screen.

Not all Blackberries are the same though – Celcom Blackberry gives you the best deals in town and the widest coverage wherever you go! With that, introducing the Celcom Exec 50 plan, where you can get connected with Celcom from as low as only RM50 a month! Check out some of the benefits you’ll get with the plan:
- 15 sen call rate to any number. Nothing complicated; just a simple rate to all numbers
- Automatic discounts every month.
- Talk more, save more. The more you use, the more discounts of up to 30% every month
- Low monthly commitment of only RM50.
- FREE Celcom Broadband Basic Plan for 1 month with speeds of up to 384 Kbps


What's more, be among the first few to pre-register and purchase the new BlackBerry® Torch™9800 here to enjoy:

For the 1st 100 customers get
• FREE Jabra Bluetooth Headset Jabra Cliper (worth RM125)
• FREE 8GB Micro SD Card (worth RM68)
• FREE Energizer Portable (worth RM58)

Next 1,000 customers get
• FREE limited edition BlackBerry Torch Battery Door

Only with CELCOM!



Tuesday, October 12, 2010

REFRESH YOUR GEAR

Bukan gear kereta or sup gear box ya.

Ini gear adalah kasut sukan ataupun sports shoes.

Aku rasa setiap sorang mesti ada at least sepasang sport shoes. Kalau takde tu, korang pi la kebas sesapa nyer kasut sukan yang dah buruk2 tu. Sebab entry post ku kali ni memang korang perlu ada used unwanted smelly sports shoes (kasut jer tau, stokin tak include).

Al-kisahnya begini....

Adidas sekarang tengah buat program penukaran kasut sukan lama busuk korang tu. Bila korang bawak gi kedai Adidas (jangan bawak kedai kasut Vincci pulak!), korang kasik kasut sukan busuk lama tu, korang dapat up to RM80 discount dengan syarat korang BELI a pair of sports shoes from ADIDAS. Bukan dapat cash ya!

Jadik bagi mereka yang nak upgrade or nak segarkan kasut sukan korang yang lama tu, pegi la kedai Adidas berdekatan ngan anda sekarang!

Kalau tak caya citer aku nih, korang click link kat bawah to find out more!

Sunday, October 10, 2010

FACE LOTION (Miracle Water)

I will talk about a good miracle water... setanding ngan 1 brand yang mahal nak mam**s and konon nyer memang 100% pitera lar, apa lar, tapi sales girl nyer sumer hampeh!

Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut tentang miracle water yang aku guna ni, aku nak cerita pengalaman ku berhadapan dengan salesgirl yang jual miracle water yang mahal tu.

Selalunya kalau aku gi shopping, memang jangan harap lar korang boleh tengok aku dress gila vavi vogue tak hengat, sebab aku ni suker natural beauty. Maknanya muka ku tak taruk makeup hapa pun, kekadang kalu rajin aku tempek jer baby powder anak aku.

Dressing pulak jangan cakap lar. Adik aku selalu cakap, "dressing ngan muka 'tak-bole-blah'." Walaupun aku tak paham apa statement dia tu, tapi aku tak kesah. Yang penting aku happy.

Lagi satu, handbag yang aku bawak pulak bukannya yang gah-branded-riban-riban nyer handbag. Kekadang aku bawak shopping bag aku beli RM5 kat DAISO jer. Alaaaa... yang plastic canvas bila jalan bergesel2 bunyinya tu. Kalau aku nk bergaya sikit, aku bawak lar handbag imitation Ed Hardy aku tu, itu pun sebab handbag tu besar, bila sopping aku ni suker sumbat dlm handbag jer, takyah bagi plastic, PLASTIC TAK BOLEH RECYCLE!

So.... dari description aku di atas, mesti korang boleh bayangkan camner aku nyer rupa. Kiranya kalu aku masuk butik LV, dah sah2 aku kena halau kuar, dia hengat aku peminta sedekah! Kui kui kui....

Berbalik pada cerita miracle water, aku nyer member sekolah salah sorang ni penah lar hampir meracau maner nak cekau duit beli miracle water yang mahal itu. Aku pun musykil, apa yang bagus sgt. So, dengan confidentnya, aku carik kaunter SK-II.... masa tu di Sogo. Aku hengat lagi, salesgirl dia 3 orang. 3-3 takde wat pape pun masa tu (perlu diingat aku ni suker berjalan di mall bila orang lain sumer bekerja seperti contoh, hari Isnin pagi atau Khamis sebelum tengahari!)

Sampai kt kaunter SK-II, aku pun tanya lar salah sorang budak pompuan yang takde wat pape tu tentang Miracle Water. Dia boleh point out ajer di mana letaknya product tu. Aku pung terkial2 lar mencari apa benda pun aku tak tau. Yang aku remember remember forget, muka artist2 cun dlm iklan promote SK-II, jadik aku pun meragau lar carik apa yang aku sendiri pun tak tau!!!

Bila agak2 aku betul sampai kt Miracle Water tu nyer counter, in the end, aku belek2, still tak tau apa nak buat, nak tanya or nak blah ajer, sebab tak dilayan. Agaknya salah sorang salesgirl tu perasan aku tercengang2, dia pun datang seperti tak berselera nak melayan aku! Aku pun nampak riak wajahnya, tanya baper hengget, dia bgtau harga tapi dlm hati dia mesti sumpah seranah aku ni tanya harga macam mampu beli (eh, mampu lar aku beli, ko hengat aku takde duit ke kalau aku dressing-tak-bole-blah?).

Aku ni pulak, biasa lar, kalu ko judge aku daripada cara aku dressing mcm tak mampu nak beli (jangan cakap beli lar, aku rasa diorang tu bengang aku 'bertanya' pasal product mahal tu), aku pun blah ajer lar, and nekad takmo gi situ dah....

Di lain citer pulak, selepas aku tak success dpt info about the miracle water kt Sogo, aku gi counter SK-II di Jusco pulak (ini terjadi hari yang lain lar ya)...

Nak dipendekkan citer, incident yang sama berlaku lagi. Kesiannnn kt aku. Sampai sekarang aku tak tau berapa harga SK-II Facial Treatment Essence or so-called Miracle Water itu! Pfffftttt...

After a while, came out Hada Labo pulak. I found out about it on FB, after being suggested by my big sista. Sent out my details to Hada Labo, they sent me a sample of the face lotion, i tried and very happy after 1 week using it.

Was so excited to look for it, tapi hampeh tak jumpa. Memang lar tak jumpa kalau aku pi carik kat Watson's tapi sebenarnya benda tu dijual di Guardian.... LOL.... *slapself*

Sebab aku mencarik tak jumpa, adik aku ni yang bijak pandai teringat kedai DAISO. Alaaaaa... kedai JEPUN yang barang2 nyer RM5 tu.

Dia round round kt Daiso The Curve, terjumpa lar FACIAL LOTION.

Dia beli 1 botol and terus datang rumah aku. Dengan baik hatinya, dia bagi aku botol itu. Suh aku coba (mentang2 ler benda tu 5 hengget ajer!)

ini ler rupa botol face lotion itu.

depan belakang tulis Jepun, tapi on the shelves tu ada tulis Face Lotion.

Milky type white colour is the one i got.

But when applying to skin, it'll become watery and clear.

After application, the pores all closed and very moist.
Become very smooth!

Right hand with no face lotion!

Warning - memula pakai this lotion, u don't noticed so much the smell. After a while, u'll noticed the smell macam TAPAI.

Actually susah nak differentiate my normal skin face ni after using it, tapi one thing i noticed, my skin become SUPPLE and FLAWLESS and BOUNCY gitu *toing*

Now my whole family are using it. Yang paling obvious can see the difference is my big sista cos her face is so dry plus wrinkles and looks unhealthy. After using this lotion for 1 week, her skin almost look like mine sudah....

Where to get - DAISO outlets
Price - RM5 for 200ml bottle.


*next entry - will talk about my new hair extension!

JUST A THOUGHT
Call me cheap skate - NOT.
The salesgirls are the ones yang takmo sell to me!!

QUOTE OF THE DAY
Don't judge me by the handbag i'm carrying - Nina Skutik

I LOVE YOU

Woooish... lama benar i didn't update my blog. Sejak pregnant number 2 ni, sifat malas ku meluap-luap ha...

Post kali ni, ku update sumer dlm 1 ok... malas nk wat banyak2 entry. Letih den... sumer citer ku akan pendekkan. Kalu tak pendek, ia akan jadik panjang lar...

PUASA MONTH
I was 5 months pregnant masa puasa month hari tu (1st day Ramadhan - September 9th, 2010). Managed to puasa, tapi ada skip about 5 days. Itupun sebab tak tahan tengok kuih denmark, ku batalkan ajer puasa ku.....

RAYA
This year, raya was great. No one masuk spital, no one jatuh sakit. Some relatives came over to mum's house. 2nd day raya, we all went to visit Sekinchan. The food was marvellous (maksu masak Nasi Tomato), malam pulak diorang sumer main bunga api 22 das. Rasa mcm kt KLCC jer... Mikail jadik 'jakun' sekejap sebab dia tak penah tengok orang main bunga api roket. He always cover the ears, takut katanya! One thing for sure, Kyle jadik rebutan anak2 gadis kampung (his cousins)... 2 orang (anak Fara and anak ila) berebut2 nk ngorat Kyle. Yang kesian nyer, Kyle cakap omputih ngan the 2 girls, and the girls boleh cakap kt mak diorang "APA YANG MIKAIL CAKAP MERAPU TU MAK?".... kelakar kelakar...

OPEN HOUSE
Ada la beberapa jemputan tapi 1 jer yang sempat pegi. Sebab ada tu jemputan bertindih2.... mcm mana nak pegi? Ya tak?

PREGNANCY
Adehhh.... kali ni nyer pregnancy totally different from the 1st one. I did my 2nd scan at 29 weeks (just a few days ago), and the doc CONFIRMED its a girl. Masa lepas raya haritu, rashes naik kt leher. Jadik mcm ringworm. Gatal nyer ya amat. Mcm2 krim dh taruk tapi makin merebak. Memula sikit jer naik bintat2, pastu, the whole front neck merah2 sampai collar bone. After a few weeks, hilang camtu jer. Ok lar... Lepas tu, naik rashes kt celah va-jay-jay pulak. Ni lagi siksa. I thought it's not normal. Kena infection ke, rupanya after GOOGLE, memang ada pregnant women kena itchy kt va-jay-jay. Punya la panas and terbakar. Nak jalan susah. Nak kencing susah. Kena air sakit. It lasted for 4 days. Ubat nyer, mesti sentiasa kering 'the part'. Nangis2 aku tahan sakit. Bedak jadik teman baik ku. Alhamdulillah, lepas masuk hari ke-5 dah takde gatal2 lagik. Habis sindrom gatal2, masuk plak muntah2 nyer sindrom. Adehhh.... Betul2 menguji aku kali ni. Dah lar muntah, masuk pulak migrain. Pastu bila checkup monthly kt klinik, kata sugar dlm blood ku tinggi (this tests results after drinking one whole glass of glucose water!) and my hemoglobin is low (tak cukup iron). Adoimak.... dah kena diet. Masalah nyer, normal days aku check sugar (pinjam daddy ku punya check sugar!) takde sampai 6.0. Ntah lar clinic, ko memang saje nak nyusahkan aku. Follow jer la. Ikutkan hari2 aku jarang makan nasik melampau2. I love to eat veggie. Drank AIR KOSONG ajer. Jumpa dietician, dia pun heran naper sugar aku naik kalau aku nyer diet ok. I told her, since my mom dah kena insulin, and dad's kaki kena potong, dah tentu aku ni takut akan ada diabetis and dah sah2 aku akan jaga my pemakanan. Tak pasal2 nnti aku terfollow mcm parents aku, baru padan muka aku! Dietician tu siap tanya la aku, lepas makan nasik aku minum air apa? Aku ckp, air kosong jer, sebab aku ni memang tak suker air manis2. Pantang! Lagi la dia heran! Hmmm.... nak kata lantak, tak boleh. Aku risau gak takut nnti baby ku kena effect apa2. So skg ni aku berdiet ler... Craving2 tu jangan cakap la... macam2 ngidam ni.

WEDDINGS
I've 3 weddings to attend. 17th October 2010 in Melaka, 24th October 2010 in Bkt Jelutong Shah Alam and 6th November 2010 in Grand Blue Wave Hotel Shah Alam. Sumer kazen nyer wedding. Masalah now, kasut aku dah beli. Tapi since pregnant now, baju apa aku nk pakai gi wedding ni yek? Adehhh.... masalah gak tu.

*taking a break - pillow fight jap ngan kyle*

DUIT TANAH
My mother-in-law in the Philippines baru dapat habuan besar selling parts of her tanah. So 10 anak2 dia sumer dapat habuan sorang sikit. My MIL actually bribing anak dia (my hubby) suh balik Pinas baru boleh dapat itu duit. Tapi pasal keje and masa tak mengizinkan, my hubby tak jadik balik. Instead they send the money to KUL. Dapat duit tu, hubby bought me Panasonic Viera LCD 37" TV. Tapi anak aku asyik tengok CARTOOONNNNN ajer... Tak kasik chance langsung nk tengok channel lain. Time aku tengok TV bila malam jer when Kyle dah tido. Itupun kekadang channel Astro mcm hampeh bila time aku tengok TV. This coming November, hubby and son will still be going back to Philippines. Again MIL sponsor duit tambang balik kampung. 7 November 2010 is my Father-In-Law 1 Year DEATH ANNIVERSARY. Lagipun ada urusan wasiat from my MIL. Rumah tu akan ditaruk nama James. Itupun laki aku dh risau kemain, sebab abang2 dia dah bergadoh2 dah berebut itu rumah. Aku hengat nak follow balik Pinas gak, tapi memandangkan aku ni dah nk masuk 8 bulan, kensel jer la... Kang terberanak kt Pilipin kang, habih jadik paspot hijau anak pompuan aku nih. Tak sanggup....

BARANG FOR NEWBORN
Belum prepare apa2 pun lagi. Adik aku kata tak yah beli pape, sebab Adli nyer barang still banyak lagi yang tak guna.

GAMBAR2 TERBARU
Aku dah takde camera. Dah jual kt adikku. Lagipun laki ku nyer camera phone cun... Kalu nk tengok gak gambar2 terbaru ku, gi tengok kt Facebook account ku!

MASA TERLUANG
Aku selalu ada di rumah dan online kt Facebook jer. Hehehe...

Apa lagi yek?
Owh... harini tarikh 10.10.10. Aku heran apa yang keramat sgt date ni. Pada sesapa yg kahwin, beranak, sambut birthday, bergaduh, bercerai hari ni, aku tak kesah.... HAHAHAHA...


JUST A THOUGHT
Malas nk masak harini.

DAILY DOSE MUSIC FEED
Just A Dream - Nelly

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails