Friday, June 3, 2011

I HAD A DAISY DAY

adoiiii... takde niat pun nak tinggal-tinggalkan blog ni. Tapi sejak keje di Concorde Hotel Kuala Lumpur, nak tengok anak2 pun susah. Selalu dapat tengok 4-5 jam max. Itu anak2, hobby ku nonton tv series yang berpuluh2 episode pun tak dapat tengok.

Sebenarnya, topik2 blog dah lama standby. Macam2 tajuk dah tulis dalam notes BB ku. Idea tu kalau datang berduyun2. Bahan2 pun dah ada. Cuma MASA tak terkejar.

Inipun rasa2 macam express update. (kalau tak express, post ini dipanggil post senandung malam).




Korang tau tak aku nyer perfume Bulgari yang aku suka giler2-bau-dia-mcm-tak-hengat, yang beli 3 tahun lepas dah habih last year. Pastu perfume Sarah Jessica Parker yang laki aku bagi masa birthday aku 33 tahun, still ada tapi aku tak berapa suka bau dia. So kalau diletakkan perfume Bulgari & Sarah Jessica Parker, dah sah2 aku grab perfume Bulgari.

Ok ok, ni aku bukannya nak citer pasal Bulgari. Tapi aku nk citer pasal aku memang plan nak ketuk laki aku beli perfume. Thought of getting Lancome Tresor pulak lar konon.

Pastu kebetulan la si Paris_B, buat contest kt blog dia. Sapa Paris_B ko tanya? Dia nyer blog citer pasal beauty products. Ko tak caya ko click la blog dia.

She came out with one post about dapat hadiah perfume. Marc Jacobs. Daisy Fragrance. Harram aku tak penah pun tau Marc Jacobs ada perfume. Aku pun bila dapat tau hadiah perfume, tergedik-gedik aku cekidaud.

Lepas dah teliti apa yang kena buat, aku pun berkata dalam hati, "ELEH, KACANG JER NI!". Dengan muka confident nyer, aku ajak laki aku gi Pavilion keesokan harinya dengan alasan kukuh, nak beli botol susu BPA free untuk anak pompuan ku, SIVAJI. (yes, aku panggil anak pompuan ku sivaji, sebab aku ngidam nk tengok sivaji the boss masa pegnant kat dia dolu).

Sebenarnya kat blog paris_b tu kata, "ko kena pegi Pavilion, main entrance, ada booth jual Marc Jacobs Daisy perfume. Ko cuma perlu amik gambar dengan salah satu props booth Marc Jacobs. Lepas dah ambik gambar, hantar ke email aku dengan tajuk I HAD A DAISY DAY" itu kata paris_b lar. Kalau ko tak caya gak, ko baca here.

So the next day, pagi2 aku bangun, terkedek2 aku ngan lakiku naik monorail dari Concorde (bukit nanas) turun 1 station jer (raja chulan)... ya, aku tau aku pemalas, cuaca panas dowh!!

Sampai2 jer aku terus carik mothercare. Ingat, tujuan utama nak carik botol susu BPA free okeh. Aku lempang ko Nina kalau ko pergi ke parkson tengok kasut!

Tengah jalan2 nak carik mothercare, terLALU kat main entrance pavilion, and TA-DA.... terserempak ngan booth Marc Jacobs. Aku pun dengan muka tak malu nyer, terus keluarkan Blackberry aku. Dah excited teruja cam monyet nampak pisang, tak sabar nak bergambar! Elok jer pulak tu, ada buaian kat tengah2 depan pintu masuk ngan hiasan bunga2 daisy.

Aku suh laki aku amik gambar aku. Dia pulak gelabah malu2. (dia mesti ingat bini dia mental nak amik gambar ngan bunga2 daisy yang tak segar, malah diperbuat daripada kadbod jer kot). Tapi aku pedulik apa, aku nak menang.

Dengan muka tak boleh blah, aku dok kat buaian tu ala2 goddess, dengan peace sign, laki aku amik gambar aku.

Lepas amik jer gambar, aku terus send ke email @paris_b. Cayalah nina. Ko memang smart. Sebab ko pakai smart phone. *tampar muka sendiri laju2 sebab perasan*

Dah hantar email, aku leh buat2 tanya baper harga sebotol minyak wangi Daisy tu. Humang-ai, mahal gilos. 75ml jer dah RM265. 100ml dia dekat RM300 lebih jugak arrrr... (pendengaran ku terus hilang pada tahap 100ml sebab terkejut dengan harga 75ml, tu pasal aku tak tau baper harga 100ml)

Lepas telan air liur berkati-kati sebab terkejut dengan harga perfume nyer, kitorang pun membelah kan diri cepat2 dari situ. Maka sejak hari itu, aku berdoa sungguh2 lar, aku terpilih di antara 8 orang winners for the picture yang aku hantar. Yes, the organizer chose only 8 winners.


19 April 2011
at Pavilion Kuala Lumpur

Ini ler gambar nyer. Ngan muka tak mekap hapa pun. Ngan seluar jeans 3 suku, koyak rabak. Ngan selipar jepun sebelah kaler putih sebelah kaler hitam. Ngan handbag Guess aku yang dah koyak koyak (mcm seluar aku gak). Tapi aku nak menang nyer pasal, pedulik kan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(days gone by, daily routine diteruskan seperti biasa, and still waiting for the results)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
May 8, 2011
HAPPY MOTHER'S DAY.


Aku dapat hadiah handbag. Handbag LV. Laki aku belikan. Nope.... bukan original nyer. Terus terang aku kata kat sini. Aku sebenarnya tak hingin pun branded branded nyer barang. Never la aku teringin nak pakai Coach handbag ke, LV ke, Gucci ke, Prada, Miu Miu, dan yang lain2 yang sewaktu dengannya.

Aku beli ni pun, kes member aku, dia pomot giler2 handbag branded kualiti AAA (macam size battery pulak ek). Yang best nyer, member aku pomot timing baek punya. Kebetulan memang handbag Guess aku dah koyak koyak. Itu pun the last time aku beli handbag Guess tu 3 tahun lepas tuh. Lama sungguh dia berkhidmat pada ku.

Handbag yang member aku pomot ni memang bagus. Harga original handbag aku tuh about RM3,200 (sorry ler gua nak beli mahal2). Tapi beli ngan member aku, harga RM600 jer. Kualiti memang tiptop. Kulit dia sejibik sejibik macam original. Berat dia, ya amat. Kalau korang nak order, boleh je. Aku boleh dapat 10% daripada harga yang dipamerkan. Kalau berminat nak tengok tengok, sila tinggalkan comment and shoutout "AKU NAK TENGOK HANDBAG AAA!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(apa motif aku taruk titik titik noktah ni pun aku tak tau...
ianya seperti menandakan hari itu berjalan la konon).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
9 MAY 2011
Email yang ku tunggu tunggu.
Melompat katak gak lar.
Laki aku pun terkejut.

Ini isi kandung email :-

Hi there
Congratulations on being picked as one of the winners of the 8 bottles of Marc Jacobs Daisy fragrances!

To facilitate the delivery of your prize please let me have the following information which I will pass to the sponsors so they can send your price to you. Please note that the prizes are only expected to be delivered late May/early June.

Name:
Mailing address:
Contact No:

Thanks and I hope to hear from you soon!

Paris B
My Women Stuff - A Beauty Blog

Sapa sangka Mother's Day tahun ni aku boleh dapat 2 hadiah. Caya lar.

THANK YOU MARC JACOBS! Lalalalala



and on 31st MAY 2011, I received the PRODUCT!!!








JUST A THOUGHT
Don't forget to shout out
"AKU NAK TENGOK HANDBAG!!"
kat comment box ya!


DAILY DOSE MUSIC FEED
Dan Bila Esok by SOFAZ

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails